*Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan
dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan
mempunyai nilai yang indah.
*Persahabatan sering memerlukan beberapa cubaan, tetapi
persahabatan sejati dapat mengatasi cubaan itu.
*Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi
memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi,
demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya. Persahabatan
diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti,
diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak,
tapi semua ini tidak pernah sengaja dilakukan
dengan tujuan kebencian.
*Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan
untuk menghindari perselisihan, kerana kasihnya
ia memberanikan diri menegur apa yg dpk kn salah.
*Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman,
tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan
dengan tujuan sahabatnya mau berubah.
*Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha
pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita
memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi
mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih
dari orang lain, tetapi ia beriinisiatif memberikan
dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.
Kerinduannya adalah menjadi sebhgian dari kehidupan sahabatnya,
kerana tidak ada persahabatan yang bermula dengan sikap egoistis.
Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati,
namun tidak semua orang berjaya mendapatkannya.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun
ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.
Beberapa hal selalu menjadi penghancur
persahabatan:
1. Masalah bisnis.
2. Ketidakterbukaan
3. Kehilangan kepercayaan
4. Perubahan perasaan antara lawan jenis
5. Ketidaksetiaan.
Tetapi penghancur persahabatan ini akan berjaya diatasi
oleh sahabat-sahabat yang teruji kesejatian motivasinya.
Renungkan :
**Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
“Dalam masa kejayaan, teman2 mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman2 kita.”**
Why I English
1 month ago
0 comments:
Post a Comment