HURAIAN NOMBOR ASAS(O-yg brwrna merah)
Nombor 1 – Ketulenan,(Dis is ME!!!huhu...)
Yang Positif:
Seseorang yang telah dilahirkan sebagai pemimpin dan mempunyai kuasa yang
kuat. Mempunyai semangat dalam persahabatan. Banyak daya tarikan daripada
jantina yang berlainan.
Memiliki kebijaksanaan. Mempunyai kuasa analisa yang kuat. Dengan sentiasa
membuat analisis, seseorang itu akan menjadi individu berilmu. Tetapi sekiranya
seseorang itu membuat kesilapan dalam menganalisa,ianya akan menjadi "tamak".
Individu ini merupakan seorang yang sangat teliti dalam semua perkara. Individu
yang sangat kreatif dan sangat peka.Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini
digunakan sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini.
Kekayaan biasanya akan datang apabila umur mencapai 34 hingga 42 tahun.
Yang Negatif:
Sangat mementingkan diri sendiri dan tidak mudah menerima kritikan. Tidak
mudah menerima idea orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah
pemimpin ataupun bos-bos.
Tindakan Anda:
1) Sedia menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau
lebih baik.
2) Berfikirlah secara terbuka.
3) Berdiplomasi apabila diperlukan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1:
Arsene Wenger (pengurus Arsenal), Acha Septriasa (selebriti Indonesia), Luna
Maya (selebriti Indonesia), Tom Hanks (pelakun terkenal Hollywood), Robert
Redford (pelakun terkenal Hollywood), Hulk Hogan (bintang gusti professional
WWF)
Nombor 2 – Pendamai,
Yang Positif:
Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa
bertenang dalam apa pun keadaan dan peramah. Seorang yang sangat peka dan
mementingkan kebersihan.
Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Biasanya individu ini bergaul dengan
golongan yang tua daripadanya. Individu ini mendengar nasihat yang diberikan
tetapi mungkin tidak ikut. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai
kebolehan untuk melaksananya dengan tepat.
Individu ini sangat bagus dalam kerja perhubungan awam (PR). Lembut hati dan
amat peka terhadap keperluan orang lain, berbanding keperluan diri sendiri.
Yang Negatif:
Kurang kenyakinan terhadap kemampuan dan kebolehan diri sendiri.
Menarik ramai orang suka bercakap jahat. Individu ini juga suka membawa cerita.
Seorang yang sangat degil.
Tindakan Anda:
1) Percayalah kebolehan diri sendiri.
2) Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
3) Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
Adi Putra (kanak-kanak pintar), Dr Fadzli Yaacob (selebriti dan usahawan
Malaysia), Thaksin Shinawarta (bekas PM, Thailand), Bill Clinton (bekas presiden
USA), Madonna (selebriti Hollywood)
Nombor 3 – Ceria,
Yang Positif:
Seorang yang serba-boleh (allrounder) . Idealistik, Aktif dan berpandangan jauh.
Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki.
Berkebolehan dalam membezakan perkara baik dan jahat. Juga mempunyai
kebolehan dan berbakat. Boleh menjadi kaya dan berharta. Suka berterus terang
dan mudah mengekspresi pandangan dan perasaan terhadap sesuatu perkara.
Individu ini akan berjaya dalam masyarakat sebelum umur 30 tahun.
Yang Negatif:
Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran.
Individu ini mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah)
dan kadang kala seorang yang nakal. Suka berterus terang dalam berkata-kata
menyebabkan orang berasa hati.
Tindakan Anda:
1) Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
2) Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.
3) Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3:
Anwar Ibrahim (bekas TPM) , Wayne Rooney (bintang bolasepak Manchester
United), Christiano Ronaldo (bintang bolasepak Manchester United), Robinho
(bintang bolasepak Brazil dan Manchester City), Alan Alda (selebriti Hollywood),
Bill Cosby (selebriti Hollywood)
Nombor 4 – Konservatif,
Yang positif:
Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa
mempunyai perancangan. Berbakat seni dan berjaya dalam peperiksaan. Seorang
yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat.
Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan
menyebabkan kehidupan sentiasa ceria.
Seorang yang sangat berkebolehan sejak awal muda. Sekiranya individu ini
merupakan seorang perempuan, dia akan merupakan seorang yang manja, bagus
dalam perhubungan awam (PR) dan peramah.
Individu ini mudah bangkit apabila gagal dalam kehidupan.
Perlu berhati-hati dalam perhubungan atau dalam perkahwinan, sekiranya
tidakberhati-hati boleh menyebabkan situasi yang tidak dijangka.
Yang negatif:
Kurang fleksibel. Anda suka simpan sendiri. Tidak suka berterus terang. Terlalu
menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara
keseluruhan sesuatu perkara.
Tindakan Anda:
1) Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
2) Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
3) Berterus teranglah dalam sesuatu perkara
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4:
Bill Gates (individu terkaya di dunia), Alex Ferguson (pengurus Manchester
United), Margaret Thatcher (bekas Perdana Menteri Britain), Arnold
Schwarzenegger (bekas pelakun, sekarang adalah Gabenor California, Amerika
Syarikat), Tina Turner (penyanyi), Paul Hogan (pelakun utama Crocodile Dundee)
Nombor 5 – Perintis
Yang Positif:
Dilahirkan dengan sikap suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara baru.
Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi.
Mempunyai daya naluri yang kuat dalam banyak perkara.
Sangat rajin dalam melakukan sesuatu perkara. Sentiasa teruja dalam
melakukannya. Oleh itu, akan mencapai kejayaan dikemudian hari, jika dia mahu.
Seorang yang realistik dan tegas (sangat munasabah) dan tidak suka beranganangan.
Yang Negatif:
Terlalu cerewet dalam isu-isu kecil. Biasanya keras kepala dan sangat degil. dan
sekiranya individu ini lebih relaks dalam prinsipnya serta membuang sikap
degilnya, maka individu ini akan menjadi seorang yang dihormati oleh semua
orang.
Tidak suka disekat. Mereka perlukan kepelbagaian apabila melakukan sesuatu.
Tindakan Anda:
1) Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
2) Melihat sesuatu dengan teliti
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:
Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia), Erra Fazira (pelakun
popular), Aishwarya Rai (pelakun Bollywood), Bambang Susilo (presiden
Indonesia), Soekarno (bekas presiden Indonesia), Ronaldo ( bintang bolasepak
Brazil), Abraham Lincoln (bekas presiden USA), Britney Spears (penyanyi di USA)
Nombor 6 – Romantik
Yang Positif:
Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor '6' mengawal harta
benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai
citarasa yang tinggi dalam kehidupan.
Nombor '6' akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan
keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat.
Selalu mengambil berat tentang orang bawahan, suka membantu dan menjaga
mereka. Selalu memainkan peranan “pendamai”
Yang Negatif:
Suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah.Individu ini tidak akan
mendengar kata orang lain selain orang atasan.
Tindakan Anda:
1) Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya
2) Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri
3) Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:
Luis Felipe Scolari (pengurus Chelsea), Rafa Benitez (pengurus Liverpool), Warren
Buffett (pakar kewangan dunia), Albert Einstein (kalau tak kenal tak tau la), Jane
Seymour (selebriti Hollywood), John Denver(penyanyi lagu-lagu country, USA)
Nombor 7 – Intelektual
Yang Positif:
Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara.
Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. '7' sangat
menghargai kesyukuran dan berterima kasih.
Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Pemikir dan sukakan kedamaian dan
ketenangan.
Yang Negatif:
Suka berlawan cakap, dan mempunyai banyak perkara yang hendak diperkatakan.
Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Suka mengejar kemasyhuran
Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan.
Bukan seorang yang tegas.
Sangat suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang
menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan. Anda tidak
mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Boleh bertindak
kejam jika anda berada dalam mood yang salah.
Tindakan Anda:
1) Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
2) Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7:
Dr. Irfan Khairi (pakar Internet Malaysia), Mawi (selebriti popular), Saddam
Hussein (bekas presiden Iraq), Cesc Fabregas (bintang bolasepak Arsenal), Frank
Lampard (bintang bolasepak Chelsea), John F. Kennedy (bekas presiden USA),
Micheal Jackson (selebriti Hollywood)
Nombor 8 – Penyelesaian
Yang Positif:
Sangat pendiam, konservatif dan pasif tetapi seorang yang aktif dikalangan rakanrakannya,
menjadikannya seorang yang terkenal.
Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya
adalah penyelesai masaalah.
Individu nombor '8' ini tidak akan mempermainkan orang lain.
Yang Negatif:
Kadangkala kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Luaran
nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut.
Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan
menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk
melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari
sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkaraperkara
yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah.
Tindakan Anda:
1) Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada
mengikut keperluan orang lain
2) Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8:
Steven Gerrard (bintang bolasepak Liverpool), Osama bin Laden (pejuang Islam),
Cindy Crawford (supermodel dan selebriti Hollywood), Barbara Streisand (selebriti
Hollywood), Jane Fonda (selebriti Hollywood)
Nombor 9 – Pelakun
Yang Positif:
Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab.
Pintar, Peka dan sensitif. '9' tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan
mempertahankan diri.
Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain.
Sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai
masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun.
Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya. Anda juga
mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk
memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat,
teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram.
Yang Negatif:
Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang emosional. Jika
tidak berubah, di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan
akan kesepian.
Bukan seorang yang terperinci atau khusus dalam sesuatu kerja. Mudah berputus
asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.
Tindakan Anda:
1) Belajar untuk melihat sesuatu dengan terperinci, bila keadaan
memerlukan.
2) Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan
3) Kurangkan sifat emosional
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9:
Megawati Sukarno (bekas Presiden Indonesia), Suharto (bekas Presiden
Indonesia), Gisele Bundchen (supermodel), Shirley MacLaine (selebriti
Hollywood), Harrison Ford (selebriti Hollywood, Jimmy Carter (bekas Presiden
USA), Elvis Presley (selebriti Hollywood-kini arwah)